Home » » HEBAT : LELAKI INI TANAM HUTAN KEMBALI SEORANG DIRI SELAMA 30 TAHUN

HEBAT : LELAKI INI TANAM HUTAN KEMBALI SEORANG DIRI SELAMA 30 TAHUN

Written By Ratiz On on Kamis, 21 Maret 2013 | 19.29

Seorang lelaki bernama Jadav "Molai" Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.


Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.


"Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana." katanya seperti dipetik Metro.


Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.


Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. "Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu" tambahnya lagi. 

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang. Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya.

Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau. Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008.

Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. "Kami kagum pada Payeng" kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika. "Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan."

sumber